Search
Close this search box.

KENALI TOP KRIPTO: TETHER (USDT)

Apa Itu Tether (USDT)?

USDT mempunyai nilai yang sama seperti mata wang fiat iaitu dollar AS namun dengan nilai yang lebih stabil. Ia dibangunkan atas satu teknologi Blockchain yang dikenali sebagai Ethereum.

USDT adalah suatu bentuk mata wang kripto yang turut dikategorikan sebagai stablecoin.

Stablecoin ini adalah antara penyelesaian kepada masalah volatilitas yang berlaku dalam nilai aset kripto. Para pelabur kini tidak perlu risau lagi untuk berhadapan dengan masalah ini kerana mereka dapat mengekalkan momentum jual beli kripto tanpa perlu menukarkan wang kripto kepada wang fiat.

Keliru dengan maksud sebenar volatilitas?

Okay jangan keliru lagi. Mari kami jelaskannya dengan lebih teliti.

Volatilitas ini adalah suatu situasi bila mana terjadinya sesuatu kenaikan atau penurunan harga yang mendadak dari satu masa ke satu masa yang lain. Semakin tinggi kenaikan atau penurunan harga, bermaksud semakin tinggi volatilitasnya.

Hal ini menyebabkan kripto sukar untuk dipercayai sebagai salah satu tempat penyimpanan mata wang kripto. Jadi, USDT sebagai stablecoin dapat membantu mengurangkan risiko penurunan harga yang mendadak dan membawa kepada kerugian.

Siapa Pengasas Tether?

USDT mula diasaskan oleh beberapa individu yang merupakan sebuah startup yang terdiri daripada Brock Pierce, Reeve Collins dan Craig Sellers dengan nama realcoin pada Julai 2014. Tokennya yang pertama telah dikeluarkan pada 6 Oktober 2014.

Projek ini kemudiannya dinamakan semula kepada ether pada 20 November 2014 dan mula didagangkan pada 25 Februari 2015.

Kategori Industri

Oleh kerana DeFi dikenali dengan beberapa kelebihan yang membantu kepada perspektif kewangan selain mata wang fiat, Tether kini turut dikategorikan dalam industri DeFi.

Jadi, apa itu DeFi?

DeFi atau ‘Decentralized Finance’ adalah suatu kewangan tidak berpusat yang dibina atas rangkaian teknologi Blockchain. Ia tidak mempunyai pusat kawal selia atau mana-mana pihak yang menguasai sistemnya. Pendek kata, tiada pihak ketiga seperti industri perbankan yang mengaturnya dalam menyediakan apa-apa bentuk platform kewangan.

Selain memenuhi peranannya sebagai DeFi, tether (USDT) juga bertanggungjawab dalam memberikan kemudahan yang terbaik kepada pelabur dalam isu trading, transaksi antarabangsa dan juga jaminan pada DeFi.

Harga Tether

Seperti mata wang kripto yang lain, tether juga mempunyai masa-masa tertentu bila mana harganya berada di tahap terendah atau mencapai lonjakan harga tertinggi.

Namun begitu, setakat 19 April 2022, harga pasaran bagi mata wang tether adalah pada kadar, RM 4.26 bagi 1 tether. Manakala bagi nilai USD pula, 1 tether bersamaan 1 nilai USD.

1 Tether (USDT) = 4.26 Ringgit Malaysia (MYR)

1 Tether (USDT) = 1 dolar (USD)

Ini bermaksud 1 token tether (USDT) boleh ditukar menjadi 1 nilai US dollar (USD). Jadi, kebanyakan pelabur lebih suka menggunakan tether (USDT) kerana ia memudahkan para pelabur dalam melakukan trading 1:1 terhadap USD sekaligus memudahkan perdagangan mata wang kripto lain.

Lebih kurang 3 tahun lalu iaitu pada 24 Julai 2018, tether pernah mencapai harganya yang tertinggi iaitu sebanyak $1.32 yang mana ianya lebih 24.4% dari harga tether (USDT) yang terkini. Walau bagaimanapun, harga tether (USDT) telah menunjukkan hampir 74.7% peningkatan harga berbanding 7 tahun lalu yang hanya berharga $ 0.572521 pada 2 Mac 2015.

 

Ikuti kami di channel telegram untuk lebih info terkini berkenaan saham, kripto, blockchain dan pelaburan!

Anda juga mungkin meminati: Ketahui Cara Melabur Untuk Startups

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Scroll to Top